Friday, October 31, 2014

Jangan suka hati guna ayat "sunnah nabi"

tadi masa tengah hari, kan rehat panjang, aku g dengkil nak beli barang rumah sikit, alah dekat kedai 2 ringgit belakang KFC, syok shooping situ, sebab murah. sesuailah dengan org kampung macam aku nie.hehehe.

pergi dengan orang opis aku, depa tak habis shooping lagi, so aku jalan2 lah dulu ke kedai lain, saja nak cuci mata. tetiba ada sorang makhluk Allah yang original dari seberang, approach aku suruh beli madu lebah asli dia. entah dari ceruk mana dia muncul pon aku tak tau.. tup2 depan muka aku suruh beli madu lebah dia..

aku dah cakap elok2, baik2, aku tak nak beli. dia still dok paksa2, siap dia tekan kan madu lebah kan SUNNAH NABI,. aku time tue memang dah naik angin lah, dah aku tak mau still dok paksa, siap cakap sunnah nabi bagai. 

yang aku marah sangat, cakap sunnah nabi tapi diri sendiri time solat jumaat dok berniaga. tak malu ka?,benda yang wajib tak nak buat. memang aku sound direct kat situ, jangan suka hati guna ayat sunnah nabi bagai kalau solat jumaat pon tak pergi.

aku memang yakin, dia islam, sebab dia bagi salam. pastu dia cakap dalam al-quran kita ada sebut pasal madu. Lepas aku dah sound direct tue, tau pulak nak jeling aku balik, siap cakap, kalau enggak beli tak apa2 pastu terus blah.. tadi bukan main ikut aku suruh beli..terasa lew tew!. kalau dia bukan islam mesti dia tak terasa dengan apa yang aku cakap.

rezeki tue Allah yang bagi, kalau dia pergi solat jumaat, lepas settle solat berniaga tepi masjid, aku yakin, mesti madu lebah dia ada orang beli, ini tak, sanggup tinggal solat jumaat sebab nak kejar untung tak tak seberapa.

aku pon bukan baik sangat, banyak dosa jugak, tapi jangan sampai menggunakan agama untuk lariskan jualan kita..

sekian luahan hati mak ngah wana di petang jumaat.. wassalam.


No comments: